Wednesday, June 4, 2014

Pembukaan Rasmi Blog No.1 Asia

Assalamualaikum...
Gua mulakan dengan Bismillahirahmanirahim.

Nama gua firazzurri. Gua bukak blog ni bukan nak cerita pasal nama gua, gua nak cerita benda-benda yang lebih penting, tujuan utama gua berblog tak lain tak bukan nak curahkan segala macam ilmu sosiologi, antropologi, biologi dan bibiliografi gua kepada korang yang sudi membaca dan menerima ilmu dengan lapang dada. Bagi yang malas membaca ada baiknya korang pergi lepak lobi pavillion, boleh jumpa kutu sejenis korang.

Atas penilitian padu, gua dapati blog ni banyak kebaikannya. Salah satunya lubuk duit, Korang pun tau, elehhh.. saja buat-buat tak tahu plak. Lubuk duit tu sampai la artikel korang tu sejemput je, 93.25% dalam page iklan je. Tapi takpe lah, dah dari awal itu yang korang niatkan. Nak buat macam mana. Gua ada terdengar salah seorang sahabat gua mengutarakan hipotesisnya bahawa blogger picisan mampu meraih sehingga RM7,000.00 sebulan, cuba bayang blogger handalan kutip brapa? Korang kaji la sendiri, gua malas ambik tahu pasal periuk nasik orang, kita jaga periuk nasi sendiri sudah la.

Kalau dituruti dari segi susunjalur asal usulnya, blogging ni banyak faedah dan pengunaanya. Blog mengajar korang agar lebih rajin membaca, yang jenis blogwalking datang klik-klik pastu blah tu korang fikir la sendiri, korang pun dah besar, nak tegur karang bertumbuk pulak, kang #viral plak dalam media sosilogi. Korang rasa best ke jadi viral benda gaduh-gaduh ni.? malu beb. Gua berharap segala nukilan dari lubuk hati gua di baca dan dihayati, agar korang menjadi orang berguna. Sebelum apa-apa gua nak tanya, korang dah solat ke..? kalau belum baik korang tutup blog ni dan pergi solat dulu. First come first. Dah habis solat, doa banyak-banyak, mintak pentunjuk kat tuhan, mintak diampunkan dosa, minta dimurahkan rezeki dan doa la apa yang korang nak doa, yang penting doa, jangan lepas sembahyang main cabut lari camtu je, nak dapat apa macam tu?

Berbalik kepada soal berblogging tadi, ahhh, ni yang susah ni, gua berleter panjang-panjang ni sampai gua terlupa apa yang nak ditulis. Dah malam sangat ni, gua pergi tidur dulu ya, esok gua sambung. Sebelum gua tidur, ni ada gambar ayam gua share dengan korang. Kalau korang nak guna gambar ayam ni buat kerja sekolah ni ambil la, gua sedekah.

Sekian, penulisan gua untuk malam ini, esok gua tulis lagi ya.

Ayam Kampung
Ayam Kampung, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia

2 comments:

sila komen yang suci murni sahaja... :)