Friday, October 23, 2015

Salam geng,

Dah lama gua tak menulis. Sebenarnya gua memang suka menulis, tapi macam yang korang tahu, sebuah penulisan yang baik memerlukan fokus dan kosenterasi yang baik. Dua-dua tu gua susah nak dapat, pasal tu dh lama gua tak pegang keyboard, bukan nak jadi 'keyboard warrior' macam korang, elehh baru setahun jagung kenal pc dah nak jadi warrior. Gua lebih kepada nak 'sharing is caring'.

Harini gua nak 'share' skit mengenai bajet 2016 yang di umum ayahanda najib the last bartender bak kata amaran fans. Sebenarnya gua tak dengar sangat masa ayah dah mebebel panjang-panjang kat tv tu, dekat 1 jam 30 minit jugak katanya. Gua dengar gitu-gitu jer.

Entah dari mana ayah dapat duit, bajet 2016 kali ni bleh dikatakan mewah jugak la, semuanya dinaikkan, sorang dapat merasa skit, syukur, brim naik, krim naik, gaji naik satu tangga, bonus dapat rm500 lepas la nak bercuti 3 beranak ke langkawi, jangan plak berangan lebih-lebih nak ke pulau mabul, kalau nak jugak simpan duit dari kecik macam ibu rosmah.

Banyak jugak lah yang rakyat marhaen dapat dari bajet ni. Antara yang paling ketara kepada rakyat kebanyakan, gaji minimum Rm1,000, gaji permulaan penjawat awam rm1,200, kiranya sapa dapat kerja goverment tak kira la par ke pra ke masuk kerja ja paling cikai dapat dekat2 rm2,000 termasuk elaun. Perkara ni sesuatu yang gua tak jangka dari ayah jib, mana ayah dapat duit jangan tanya, kang lokap ko tidur.

Antara lain perumahan rakyat, perumaha terbengkalai, permuahan penjawat awam, prim kat trim ka apa ntah, dan beberapa lagi projek perumahan yang aku tak berapa nak dengar, sebab kebanyakkan nya untuk first home buyer, aku malas nak ambik tahu, aku dah 'pernah' beli rumah. Kalau dicampur darab bahagi dan di total, beratus ribut jugak la rumah yang hendak dibina, harapan gua lepas ni 80% rakyat malaysia ada rumah sendiri, jangan ingat nak menumpang tanah orang ja, kang tanah kena sodok apa pun tak dapat. Kalau layak nak pohon rumah-rumah mampu milik ni pohon la, kalau tak mampu gua cadang lu orang isi borang perumahan rakyat mampu tengok.

Perkara-perkara yang baik harus disokong tapi sokong pada-pada sudah la, benda tak betul kena la tegur, jangan plak pasal tegur benda salah di katanya gunting dalam lipatan la, tikam belakang lah, lauk basi la, cokodok hangus la, takyah la nak marah nasik sindir menantu.

Akhir kata dari gua, kalau lu orang nak tau sangat apa yang korang dapat dalam bajet 2016 kali ni, korang masuk la lama sesawang ayah najibrazak.com Teks ucapan ayah yang satu setengah jam, gua rangkum dalam 3 minit ja, so korang jangan plak gunakan data-data dan info-info dalam blog gua ni untutk sesuatu yang serius seperti artikel kewangan, tesis subjek ekonomi mahupun, menulis buku-buku kewangan.

Gua tunggu jer bila abah nak kurangkan harga kereta, katanya paling koman 15%.

Mata Binatang Apa Ni § Merah Menyala, Sakit Mata Gua

Wasalam.






Wednesday, June 4, 2014

Pembukaan Rasmi Blog No.1 Asia

Assalamualaikum...
Gua mulakan dengan Bismillahirahmanirahim.

Nama gua firazzurri. Gua bukak blog ni bukan nak cerita pasal nama gua, gua nak cerita benda-benda yang lebih penting, tujuan utama gua berblog tak lain tak bukan nak curahkan segala macam ilmu sosiologi, antropologi, biologi dan bibiliografi gua kepada korang yang sudi membaca dan menerima ilmu dengan lapang dada. Bagi yang malas membaca ada baiknya korang pergi lepak lobi pavillion, boleh jumpa kutu sejenis korang.

Atas penilitian padu, gua dapati blog ni banyak kebaikannya. Salah satunya lubuk duit, Korang pun tau, elehhh.. saja buat-buat tak tahu plak. Lubuk duit tu sampai la artikel korang tu sejemput je, 93.25% dalam page iklan je. Tapi takpe lah, dah dari awal itu yang korang niatkan. Nak buat macam mana. Gua ada terdengar salah seorang sahabat gua mengutarakan hipotesisnya bahawa blogger picisan mampu meraih sehingga RM7,000.00 sebulan, cuba bayang blogger handalan kutip brapa? Korang kaji la sendiri, gua malas ambik tahu pasal periuk nasik orang, kita jaga periuk nasi sendiri sudah la.

Kalau dituruti dari segi susunjalur asal usulnya, blogging ni banyak faedah dan pengunaanya. Blog mengajar korang agar lebih rajin membaca, yang jenis blogwalking datang klik-klik pastu blah tu korang fikir la sendiri, korang pun dah besar, nak tegur karang bertumbuk pulak, kang #viral plak dalam media sosilogi. Korang rasa best ke jadi viral benda gaduh-gaduh ni.? malu beb. Gua berharap segala nukilan dari lubuk hati gua di baca dan dihayati, agar korang menjadi orang berguna. Sebelum apa-apa gua nak tanya, korang dah solat ke..? kalau belum baik korang tutup blog ni dan pergi solat dulu. First come first. Dah habis solat, doa banyak-banyak, mintak pentunjuk kat tuhan, mintak diampunkan dosa, minta dimurahkan rezeki dan doa la apa yang korang nak doa, yang penting doa, jangan lepas sembahyang main cabut lari camtu je, nak dapat apa macam tu?

Berbalik kepada soal berblogging tadi, ahhh, ni yang susah ni, gua berleter panjang-panjang ni sampai gua terlupa apa yang nak ditulis. Dah malam sangat ni, gua pergi tidur dulu ya, esok gua sambung. Sebelum gua tidur, ni ada gambar ayam gua share dengan korang. Kalau korang nak guna gambar ayam ni buat kerja sekolah ni ambil la, gua sedekah.

Sekian, penulisan gua untuk malam ini, esok gua tulis lagi ya.

Ayam Kampung
Ayam Kampung, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia